Ramadhan Al- Karim Hadirmu sebagai mengundang tiga resipi anugerah Rabbaniyyah Nukilan : Mazlan Muhammad http://www.yiu.ac.th/new/index.php/บทความ/Ramadhan-Al-Karim.html
Ramadhan Al- Karim
sepertiga awalmu mengetuk pintu khazanah rahmat
sepertiga pertengahanmu membuka tirai samudera maghfirah
sepertiga akhirmu mencapai kemerdekaan dari azab Allah
Hadirmu terpasak tiang keimanan
terpercik kewangian kasturi kesabaran
membenih perdu-perdu pengorbanan dan keikhlasan
menghakis segala dosa dan keterlanjuran
yang sekian lama bersebati dinoda nafsu dan syaitan.
Ramadhan, Ramadhan, Ramadhan
hadirmu terhulur pahala berganda dari celah langit warna
satu malam lailatul-qadr melebihi seribu purnama
siyam, qiyam, tilawah al-Quran dan Iktikaf di gugus sepuluh penghujung
memangkin syakhshiah bertamadun
menjana wibawa insan bertakwa
untuk para hamba yang dahaga dan gersang redha.
Universiti Islam Yala
26 Sya’ban 2008