คู่มือฮัจย์ ๓


Amalan-amalan haji

Amalan-amalan haji :

 Hari 8 Zulhijjah (tarwiah):- mulai ihram haji bagi para Haji Tamattoa dan ahli Mekah diwaktu dhuha , disunat bersih badan dan mandi dan memakai wangi sebelum ihram. Dan disunat ihram di tempat tinggal masing-masing dengan berkata ; " لبيك حجا "Labbai ka hajjan Adapun para Haji Qiran dan Ifrad tidak berhajat lagi kepada niat ihram . 

- keluar semua para haji menuju ke Mina sebelum Zohor , tunaikan solat Zohor ,Asar ,Maghrib dan Isyak dengan qasar dalam waktunya tanpa jamak dan bermalam di Mina sampai solat Subuh dan tidak bertolak dari Mina kecuali setelah naik matahari pada hari 9 Zulhijjah.

  Hari 9 Zulhijjah:- bertolak dari Mina menuju ke Arafah setelah naik matahari pada hari 9 Zulhijjah- berwukuf di medan Arafah dari waktu Zohor sehingga waktu Maghrib.-    disunat berlalu ketempat namirah jika ada kemudahan .- dengar khatib membaca khutbah Arafah sebelum solat .- solat Zohor ,Asar Jamak Taqdim serta qashr dengan satu azan dan dua iqamat-    memperbanyakan Zikirallah, Takbir Tahlil, Tahmid,..Beristighfar dan Bertaubat membaca Al-Quran ,berdoa meminta segala hajat.- selepas matahari terbenam (jatuh) bertolak para haji menuju ke medan Muzdalifah dan usaha menunaikan solat Maghrib dan Isyak di sana jamak serta qashr dengan satu azan dan dua iqamat .- bermabit di Muzdalifah dan solat Subuh dalam waktunya .-    harus bagi wanita, orang tua dan budak-budak kecil bersurai sebelum Subuh, ialah selepas pertengahan malam menuju ke Mina. -    berdiri di Masharil haram dan memperbanyakan Zikir allah, Takbir, Beristighfar, Berdoa ..mengikut kemampuan , kemudian bersurai dan bertolak dari Muzdalifah menuju ke Mina sebelum matahari naik.- memungut 7 biji anak batu sebesar biji hummus di pertengahan jalan atau dimana saja dalam perjalanan menuju ke Mina.      Hari 10 Zulhijjah " hari eid ":- melontar 7 biji anak batu di Jumratul Aqabah serta mengucap Takbir pada setiap lontaran.-    sembelihkan hadi (dam) bagi yang menunaikan Haji Tamattoa dan Qiran .-    bercukur rambut atau memindekkannya , dan bagi lelaki bercukur semua rambutnya lebih afdhal, Bagi wanita hanya mengambil rambut sekadar hujung jari tangan saja .- bertahallul para haji tahallul pertama, yang diharuskan baginya segala larangan ihram kecuali wanita.- berhari raya Eidil adhha , bershukur di atas nikmat Allah dan bertakbir : " الله أكبر ألله أكبر ألله أكبر لا إله إلا الله , الله أكبر الله أكبر ولله الحمد "- Tawaf Ifadhah dan Saie selepasnya bagi para Haji Tamattoa dan juga para Haji Qiran dan Ifrad jika belum Saie bersama Tawaf Qudum. Dan boleh dilewatkan Tawaf Ifadhah sehingga selesai hari tasyrik. Selepas Tawaf Ifadhah dapat para haji tahallul kedua dan harus baginya segala larangan ihram termasuk wanita sekali .

- kembali para haji ke medan Mina untuk mabit di malam-malam tasyrik dan melontar tiga Jamrat pada siangharinya.

Hari 11 Zulhijjah :-    melontar Jumrah yang tiga-tiga setelah tergelincir matahari, dimulai dengan Jumrah Shughra (pertama), kemudian Jumrah Wustha       (tengah), kemudian Jumrah Aqabah               (terakhir) .- mengucap takbir setiap lontaran , disunat berdoa selepas Jumrah Shughra dan Jumrah Wustha.- memperbanyakan zikir dan doa pada hari itu- bermalam di Mina .      Hari 12 Zulhijjah :-    melontar tiga-tiga Jumrah seperti yang dilakukannya pada hari 11 Zulhijjah .-    memperbanyakan zikir dan doa .- keluar dari Mina sebelum terbenam (jatuh) matahari bagi mereka yang ingin bertaajjal( mengambil nafar pertama )-    melakukan Tawaf Widak ketika hendak meninggalkan mekah .       Hari 13 Zulhijjah :-    melontar Jumrah yang tiga-tiga begi mereka yang takkhir (mengambil nafar kedua ) setelah tergelincir matahari .- selesai amalan haji pada hari ini kecuali Tawaf Widak ialah ditunaikannya sebelum perjalanan.   Selesaikan haji anda dengan tawfiq dan hidayat dari AllahDoakan supaya Allah qabulkan  haji anda sebagaihaji mabrur

 

หมายเลขบันทึก: 150811เขียนเมื่อ 2 ธันวาคม 2007 03:16 น. ()แก้ไขเมื่อ 11 กุมภาพันธ์ 2012 21:47 น. ()สัญญาอนุญาต: จำนวนที่อ่านจำนวนที่อ่าน:


ความเห็น (1)
พบปัญหาการใช้งานกรุณาแจ้ง LINE ID @gotoknow
ClassStart
ระบบจัดการการเรียนการสอนผ่านอินเทอร์เน็ต
ทั้งเว็บทั้งแอปใช้งานฟรี
ClassStart Books
โครงการหนังสือจากคลาสสตาร์ท